Tuesday, April 29, 2008

::~ Pakej Percutian Buat Anak-Anak Didik Yang Disayangi ::~

Apa khabar? Cikgu ucapkan selamat menempuh cuti pertengahan tahun. Walaupun tak berapa panjang, tapi ambillah kesempatan ini untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan, recharge balik tenaga dan semangat kamu semua dan jangan pulak lupakan tugasan-tugasan yang telah dibekalkan.




Jangan jadi macam ni tau! :-)


Oh ya. Cikgu sedang siapkan blog ini bagi kegunaan akses kendiri semua pelajar cikgu untuk tempoh jangka panjang. Nampaknya cikgu perlukan masa untuk siapkan dan kumpul semua bahan-bahan ICT Geografi yang pernah cikgu hasilkan dulu supaya boleh dirangkumkan sekali.


Sebagai pengenalan kepada blog ini, cikgu nak tujukan tugasan ini kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 3 SBPI Kubang Pasu supaya latihan masa cuti ini dapat dilaksanakan dengan baik, di samping pelajar dapat melatih diri menggunakan bahan carian berbantukan teknologi dan secara tidak langsung, kemahiran generik (ICT) para pelajar akan lebih berkembang.

Tugasan Latihan Masa Cuti Adik-Adik Tingkatan 1

Tugasan Pertama

Sila layari Internet untuk mencari bahan-bahan berkaitan tajuk di bawah dalam bentuk gambar dan teks (pilih mana-mana tajuk):

  1. BENTUK-BENTUK MUKA BUMI MENARIK DI SELURUH DUNIA
  2. FENOMENA ALAM YANG MENAKJUBKAN
  • Kumpulkan semua bahan yang diperolehi di dalam satu folder.
  • Hasilkan satu persembahan power point (10 slaid sahaja) yang menarik berdasarkan tajuk-tajuk yang dipilih.
  • Bahasa yang digunakan mestilah diselaraskan.
  • Anda dinasihati supaya menyediakan sendiri persembahan ini dengan dibantu oleh ahli keluarga / rakan-rakan yang lain.
  • Pembentangan akan diadakan selepas cuti nanti! :-)
ATAU JIKA ANDA...

Tidak berpeluang menggunakan Internet, jangan risau. Berdasarkan tajuk-tajuk yang sama di atas, pilih salah satu dan gunakan medium yang bersesuaian (majalah, brosur, keratan akhbar dan sebagainya) untuk mendapatkan bahan.

Sila hasilkan satu poster gergasi (unlimited size)yang menarik dan jangan lupa, buat penerangan ringkas kepada setiap satu gambar yang dipaparkan. Anda juga akan membentangkan hasil tugasan anda selepas cuti nanti!

Sila hantar bahan tugasan di dalam bentuk CD (kepada pelajar yang memilih menghasilkan persembahan power point) atau poster gergasi kepada guru mata pelajaran Geografi masing-masing pada hari Selasa, 10 Jun 2008 sebelum jam 2.00 petang. CD dan poster mestilah dimasukkan ke dalam casing atau sampul yang bersesuaian serta ditulis nama, kelas dan tajuk persembahan.


Tugasan 2

Memandangkan kita akan memulakan pembelajaran Bahagian C: Kerja kursus Kajian Geografi Tempatan tidak lama lagi, anda diminta supaya memulakan pencarian bahan semasa cuti ini. Sila ikuti arahan ini untuk memudahkan pelaksanaan tugasan.


Tajuk :

Bentuk Muka Bumi & Potensinya di Kawasan

(nyatakan lokasi kawasan kediaman kamu dengan lengkap)

  • Wujudkan sebuah fail kertas. Tulis nama, tingkatan serta tajuk (KGT Ting. 1 2008).
  • Serahkan surat makluman mengenai pelaksanaan KGT tingkatan 1 kepada ibu bapa / penjaga masing-masing. Setelah dibaca, simpan semula surat di dalam fail.
  • Minta ibu bapa / penjaga mengisi surat kebenaran melaksanakan KGT yang dibekalkan. Simpan surat kebenaran ini di dalam fail.
  • Pilih kawasan kajian (kawasan kediaman kamu dan sekitarnya - tidak lebih 5km2.
  • Kenalpasti bentuk muka bumi yang ada di situ (sekurang-kurangnya 2 jenis bentuk muka bumi sama ada tanah pamah (mesti kurang daripada 180m) / tanah tinggi (lebih 180m) / pinggir laut / sungai.
  • Nyatakan lokasi bagi bentuk-bentuk muka bumi yang dikenalpasti (lokasi yang lengkap - boleh nyatakan dengan menggunakan arah mata angin - kenalpasti arah utara dulu!).
  • Nyatakan 2 ciri bagi setiap bentuk muka bumi yang dipilih:
  1. Ketinggian dari aras laut
  2. Jenis tanih
  3. Mendatar atau beralun (bagi tanah pamah)
  4. Kategori bukit atau gunung (bagi tanah tinggi)
  5. Pola saliran atau peringkat sungai (bagi sungai)
  • Nyatakan potensi bagi setiap bentuk muka bumi yang dipilih dan nyatakan contoh - boleh dibuktikan dengan gambar-gambar foto.

(Anda boleh menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai untuk mendapatkan data daripada responden. Sila bawa bersama surat makluman menjalankan KGT untuk dimaklumkan kepada responden serta borang kolaborasi kepada responden untuk ditandatangani sebagai bukti pelaksanaan.)

  • Sediakan maklumat-maklumat yang diperolehi di dalam bentuk jadual.
  • Hasil yang diperolehi akan dibincangkan di dalam kelas pada minggu kedua selepas cuti.

...REHAT KEJAP...

Atol

Tugasan Latihan Masa Cuti Abang-Abang & Kakak-Kakak Ting. 3


Siapkan Kerja Kursus Geografi PMR 2008 mengikut format dan arahan yang telah diberikan oleh guru anda sebelum ini. Maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan hendaklah digunakan sebaik-baiknya dan pastikan penyampaian bagi bab Dapatan Kajian menepati tajuk di bawah:


PERBANDINGAN DI ANTARA KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN (nyatakan lokasi yang lengkap) DENGAN KAWASAN (nyatakan kawasan serta negara yang dibandingkan dengan lengkap).

Sila patuhi saranan guru anda semasa menghasilkan penulisan supaya anda boleh mendapatkan markah yang maksimum. Jangan lupa, nyatakan sumber bagi setiap jadual (mesti lengkap dengan jumlah) serta bahan grafik yang digunakan. Jangan malu untuk menelefon kami sekiranya ada masalah ya! (no. telefon tidak dapat dipaparkan di sini, hmmm....)


* Penggunaan ICT dalam pelaksanaan KKG ini sangat-sangat digalakkan. Bagi yang ingin menaip laporan KGT, anda boleh memulakannya di rumah. Simpan tugasan tersebut di dalam CD supaya ia dapat diedit semula di makmal komputer / pusat akses sekolah setelah cikgu memulangkan draf KGT kumpulan anda!.

* 3 Ihsan & 3 Ikram - Sila hantar draf KKG yang lengkap kepada cikgu selewat-lewatnya Selasa, 10 Jun 2008 sebelum jam 2.00 petang (satu bagi setiap kumpulan).

* 3 Irsyad & 3 Ikhlas - rujuk Cikgu Zul, ok!


SELAMAT MENJALANKAN TUGAS. JUMPA LAGI DUA MINGGU DARI SEKARANG!


Salam Sayang;

Cikgu